Oberste SA-Führer Oberster SA-Führer

Untuk memusatkan kesetiaan SA, Hitler sendiri mengambil alih keseluruhan organisasi pada tahun 1930 dan kekal Oberster SA-Führer untuk tempoh kewujudan organisasi itu. Selepas tahun 1931, orang yang menyandang pangkat Stabschef, seperti Ernst Röhm, telah diterima sebagai komander SA.[2]Oberster SA-Führer tidak mempunyai insignia pakaian seragam tertentu dan merupakan gelaran separa tentera yang boleh dilambangkan dalam pelbagai cara. Göring, misalnya, mencipta satu seragam rumit, dengan lilitan lengan swastika berserta dengan jalur perkhidmatan putih. Sebaliknya, Maurice hanya memakai baju SA Nazi dengan tanpa insignia, begitu juga Hitler ketika beliau menyandang gelaran Oberster SA-Führer.